Wednesday, August 11, 2010 salam..sorry late antar doa ni..
pape un.. jom kter amalkn doa ni dlm bulan ramadhan yg pnuh barakah ni.. semoga kte sama2 dpt keberkatan mlm lailatul qadar... insyaAllah~~♥ 6:23 AM | salam semua rakan blogger sy... amacam puasa arini?? smua brjln lancar??
alhamdullillah~~ semoga kte dpt keberkatan mlm lailatul qadar tok ramadhan taun ni.. insyaAllah~~ arini.. sy nak share dgn rakan2 blogger sy ni tntg satu kurma ni.. tdi sy pi usha2 fb..sekali trjmpe note ni kat fb... so sy terasa nak share dgn kmu semua... hati2 smasa membeli kurma yer... Menjelang Ramadhan yang penuh barakah ini, sudah tentu ada antara kita yang mencari cari kurma sebagi pemula semasa berbuka puasa. Namun anda semua mesti AWAS dengan kurma dari jenama "JORDAN RIVER" Walaupun kurma ini didatangkan dengan kotak dan dicetak Jordan River,namun ia bukanlah dari Jordan tetapi dihasilkan dari Israel Laknatullah! Kurma ini telah diimport serta dikotakkan di Singapura dan diedarkan di pasaran Malaysia. Kurma ini telah ditanam di suatu kawasan luas di bahagian timur Israel Laknatullah yang bersempadanan dengan Negara Palestin dan dimiliki oleh seorang Yahudi yang kaya serta ramai pekerjanya yang juga berbangsa yahudi. Hasil jualan kurma kurma ini akan disalurkan kepada tabung pertubuhan pertubuhan yahudi. Pendedahan ini telah dibuat oleh akhbar Berita Harian Singapura. Terkini kurma ini juga dipasarkan dengan nama "KALAHARI" dengan tulisan Jordan River dicetak kecil pada kotak. Jangan kita turut sama menjadi pembunuh saudara saudara kita di Palestin sedangkan dalam masa yang sama kita melaungkan jihad dan kebencian kepada Israel Laknatullah! SILA SEBAR SEBARKAN untuk MAKLUMAN RAMAI thnx share!!! 2:28 AM |
Friday, August 6, 2010 hayati & renungkannya sbagai pedoman tok dri kita.. insyaAllah~~~ Kisah benar ini berlaku di US. Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus. Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu. Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan bersaorangan. Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu. Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya. Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu. Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari. Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain). Dia pun tanya perogol itu.. “Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?” (Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?) Perogol tu jawab: “No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.” (Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..) Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu. p/s : MORAL CERITA INI??? Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya. "...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..." [Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.] Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku... semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat... sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA…. semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam……. SHARE FROM MD REDZUAN 3:51 AM |
Friday, July 30, 2010 salam~~~
sbahagian petanda akhir zaman... nauzubilah~~ untuk keterangan lbih lnjut... sila baca di sini..."DAJJAL" TELAH "MUNCUL" DI KHURASAN, INDIA SELATAN Bacalah selalu doa di bawah ini selepas solat Fardhu, di akhir tahiyyat sebelum salam, insya Allah, kita selalu dalam lindungan-Nya. "ALLAHUMMA INNI 'AUDZU BIKA MIN ADZABIN JAHANNAM, WA MIN ADZABIN QABRI, WA MIN FITNATIN MAHYA WA MAMAAT, WA MIN SYAHRII FITNATIN MAHSYIHIL DAJJAL" “Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari azab neraka Jahannam, aku berlindung kepadaMu dari azab kubur, kuberlindung kepadaMu dari fitnah kehidupan dunia dan kematian serta kuberlindung kepadaMu dari kejahatan dan fitnah Al-Masih Dajjal” Allah prnah brfirmn : "Sesungguhnya agama yang diredhai di sisi Allah hanyalah Islam. Tiada berselisih orang-orang yang telah diberi Al Kitab kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka, karena kedengkian (yang ada) di antara mereka. Barang siapa yang kafir terhadap ayat-ayat Allah maka sesungguhnya Allah sangat cepat hisab-Nya. (Ali-’Imran:18-19) 3:26 AM |
Saturday, July 24, 2010 11:07 AM |
Monday, July 19, 2010 4:04 AM | jom blajar bio dri animasi..
best!!! enjoy yourselves~~ 3:58 AM | |